MISC

The Only Way To FINISH Is To START!!

MENCARI ILMU

Syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan untuk ku mendengar ceramah agama & Ilmu Allah melalui VCD Ust Kazim...Sangat menceriakan dan penuh dengan peringatan..

Tadi beli kat Uptown Kota D'sara...boleh juga order online di http://kuliyah.ws/index.html





















Sebagai memetik ulasan dari Kuliyah.ws....

Dalam kehidupan seharian, kita sering mempelajari sesuatu perkara baru. Tiada seorang pun di dunia ini lahir dalam keadaan berilmu atau sudah cukup ilmunya. Kewajipan menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Jika menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslimin, maka mengajarkan Ilmu yang sudah diperolehi  itu juga merupakan suatu kewajipan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."
(Riwayat Ibnu Majah)

Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz merupakan Pengerusi PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Al Fadhil Ustaz Kazim juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendengar kuliyah secara langsung, bolehlah mendengar kuliyahnya dengan membeli  CD/VCD kuliyah Al Fadhil Ustaz yang banyak terdapat dipasaran ataupun sekiranya mempunyai kesulitan untuk mendapatkannya kerana kesibukan bekerja, masalah parking, atau tidak terdapat wakil penjual di kawasan tuan/puan, maka bolehlah membelinya secara online melalui laman web ini.

Untuk pengetahuan, sebahagian dari hasil jualan CD VCD ini disalurkan ke DANA PUSAT PENDIDIKAN AL BARAKAH. Sedikit sebanyak dapatlah membantu menampung biaya operasi pusat pendidikan tersebut. Pesanan kami, Elakkanlah dari membeli cd/vcd cetak rompak kerana meskipun harganya lebih murah, tetapi tidak membantu kepada pusat pendidikan ini.
Carilah Keberkatan Di Dalam Menuntut Ilmu









A Story About Business

Having a business, managing a business, running a business ... even a small business... is really challenging. Especially when you want everything to be perfect and your customers' satisfaction is your priority...

But, I believe, this is the way to be a very successful entrepreneur. 

Bila Kita Bersedih

Bila kita bersedih, kembalilah kepada Allah..Sentiasalah mengadu dengan Allah.Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan hanya Dia sahaja yang mengetahui dan memahami 100% apa yang sedang kita lalui...Tiada seorang pun di dunia ini (biar serapat dan sebaik manapun mereka) yang mampu memahami keadaan diri kita dan apa yang kita rasai dengan sepenuhnya kerana mereka bukan kita. Yang tahu, yang rasa dan yang faham hanyalah kita dan Allah..Maka kepada-Nya lah kita berserah.Insyaallah, Allah akan titipkan kekuatan kepada hamba-hambanya yang sabar dengan ujian-Nya.

Kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah itu yang terbaik.

~Wallahua'lam~

Murah Rezeki

Cerita Ayat 1000 Dinar

Madamrose terjumpa Video ni masa searching searching internet tadi, mesej berguna yang boleh dikongsi bersama...mungkin ramai yang salah faham tentang ayat 1000 Dinar ni, bukan untuk digantung di dinding dinding rumah mahupun kedai, tapi perlu diamalkan dan dihayati maksud ayat tersebut...sekiranya kita sedang berhadapan dengan masalah, berserahlah kepada Allah.Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Berkuasa.

Status

Still Learning....

Sharing Is Caring






Maksudnya ialah :
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, 
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, 
nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Motivational Quotes

Reminder To Myself

~ U Will Never Fail Until U Stop Trying ~

~ Never Stop Trying ~

 ~ Don't Quit! Every Obstacle Is A Stepping Stone To Success ~ 

Nukilan Silam

Perjuangan

Setapak Kaki Melangkah
Setitis Keraguan Menanti
Menggamit Segunung Cita
Terbuka Jurang Cabaran

Demi Tekad Jitu
Menuju Puncak Jaya
Ku Biar Kaki Menapak
Mengatur Langkah Padu
Menggapai Impian Semalam

Ku Redah Lautan Ilmu
Meneguk Secangkir Pengetahuan
Ku Papah Jiwa Raga
Menghimpun Segenggam Semangat
Biar Deduri Mencelah
Ku Pujuk Ketabahan
Ku Belai Keberanian
Demi Sebuah Perjuagan

~1993~