Sekadar Renungan

Bila madamrose dok diam2 mengenang nasib diri...membuat madamrose sedar yang kita ni sebagai manusia selalu sahaja lupa untuk bersyukur kepada Allah di atas apa yang telah kita perolehi hari ini dan selama ini..walhal kita ini hanyalah seorang hamba kepada pencipta kita......cuba kita renungkan...


  • Allah beri kita umur yang panjang sehingga hari ini...dah berpuluh tahun Allah pinjamkan..tapi kita selalu alpa..berapa sangat lah tabung kebaikan yang kita ada jika nak dibandingkan dengan tabung kemungkaran yang kita lakukan.
  • Allah beri kita kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat dan cergas, kejadian yang sempurna...tapi adakah kita memanfaatkan semua itu sebaik-baiknya untuk beribadat hanya kepada pencipta kita iaitu Allah?
  • Allah masih berikan kita kedua ibu-bapa untuk kita menumpang kasih...tapi adakah kita benar-benar mengasihi mereka seperti mana mereka mengasihi kita selama umur hayat kita ini?
  • Allah beri kita rezeki dari sumber yang baik...mungkin tidak banyak dan tidak menjadikan kita kaya..tapi tidak juga menjadikan kita meminta-minta...dengan rezeki itu kita mampu berdiri di atas kaki kita sendiri..tapi mengapa kita masih lagi tidak bersyukur?
Banyak lagi kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita selama ini..persoalannya adakah kita bersyukur? Yang sering terjadi, kita jarang sekali bersyukur atas segala kurniaan Allah, tidak redha dengan takdir Allah, walaupun itulah antara tunggak keimanan yang wajib kita ada kerana ia terkandung dalam rukun iman kita yang ke-6 iaitu Percaya kepada Qada' dan Qadar... sebaliknya, kadangkala kita terlepas kemarahan atas takdir dan musibah yang terjadi kepada kita yang mana secara tidak langsung kita tidak redha dengan takdir dan ketentuan yang telah Allah tetapkan dan kita lupa untuk bertaubat atas kealpaan kita itu...sedang kita tahu dan yakin bahawa ketentuan Allah itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita...

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri ke arah yang lebih baik dari semalam...dan semoga esok  yang lebih baik dari hari ini...

0 comments:

Post a Comment